KUALA LUMPUR: Sebak mengenangkan pengorbanan selama ini, tekong utama negara, Syahir Rosdi mengakui terpaksa menerima hakikat apabila ganjaran bagi pingat emas berpasukan yang dinanti selama 36 tahun pada Sukan Asia dinilai berbeza berbanding emas acara individu.

Menerusi perkongsian di media sosial, Syahir meluahkan perasaan selepas skuad sepak takraw negara menerima insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) sebanyak RM15,000 seorang bagi kejayaan meraih emas berpasukan, berbanding RM80,000 untuk pemenang emas acara individu.

Lebih menyentuh perasaan, pemain berkenaan mengakui tekanan dan pengorbanan yang dilalui atlet untuk mencapai kejayaan di pentas antarabangsa tetap sama, biarpun nilai ganjaran yang diterima berbeza.