Melaka: Keupayaan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat perlu menjadi ukuran utama dalam menentukan sokongan terhadap sesebuah parti politik melalui pentas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 ini, dan bukannya kempen berasaskan kebencian, hasutan atau fitnah.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh berkata, mandat dan kuasa yang diperoleh menerusi proses demokrasi adalah daripada rakyat.
Justeru, setiap parti perlu menampilkan pemimpin yang boleh dipercayai serta terbukti berkhidmat kepada masyarakat.
Beliau berkata, setiap parti pastinya berusaha meningkatkan sokongan rakyat masing-masing, namun usaha itu perlu disusuli dengan kualiti kepemimpinan dan khidmat yang mampu memenuhi keperluan masyarakat.









