Kuala Lumpur : Penyanyi legenda Indonesia, Kris Dayanti meluahkan rasa teruja untuk beraksi di pentas Ultra Kalcer Malaysia 2026 selepas menganggap peminat di negara ini sentiasa mempunyai kedudukan istimewa di hatinya sejak dulu.
Festival muzik berskala besar anjuran Neptunes Presents itu bakal mengumpulkan 19 barisan artis popular dari Malaysia dan Indonesia di KL Festival Park pada hujung minggu ini.
Kris Dayanti, 51, atau mesra disapa KD berkata muzik adalah bahasa universal yang berupaya menyatukan masyarakat serumpun tanpa mengenal batas negara mahupun generasi.
"Hubungan yang sudah terjalin rapat dengan peminat di Malaysia sejak sekian lama adalah sebab utama saya teruja untuk kembali beraksi di pentas tempatan.









