WASHINGTON: Kempen pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat (AS) dijangka menjadi yang paling mahal dalam sejarah, dengan jumlah perbelanjaan diunjurkan mencecah hampir AS$12 bilion (RM48.89 bilion), menurut Open Secrets, sebuah organisasi bebas yang memantau pembiayaan kempen politik.
Sebahagian besar perbelanjaan itu didorong kumpulan politik luar yang dikenali sebagai Jawatankuasa Tindakan Politik Super (Super PAC), yang menyalurkan sejumlah besar wang di kawasan pilihan raya penting menjelang proses pengundian pada 3 November.
Penderma individu terbesar ialah bilionair Elon Musk, yang membelanjakan hampir AS$500 juta (RM2.03 bilion) bagi menyokong calon Republikan, khususnya di Texas, tempat banyak syarikat miliknya beroperasi.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fnajib23121_480507.png&w=480&output=webp&q=85&we)