Key takeaways
Banjir awal pagi di Sungai Buloh, Selangor, menenggelam rumah di Kampung Paya Jaras Hilir, Kubu Gajah 24 dan Melayu Subang, menyebabkan penghuni terpaksa mengharungi air dan beberapa terperangkap di dalam rumah.
- Air keruh menenggelam kediaman di Kampung Paya Jaras Hilir, menimbulkan risiko terperangkap.
- Kampung Kubu Gajah 24 mengalami banjir pada paras pinggang, dianggap banjir pertama tahun ini di kawasan tersebut.
- Kampung Melayu Subang, yang baru mengalami banjir pada Isnin, kembali dinaiki air pada pagi hari ini.
Summarised automatically by AI from the original article by Harian Metro. AI can make mistakes, so check the original for details.
Kuala Lumpur: Beberapa kawasan sekitar Sungai Buloh, Selangor, dilaporkan dilanda banjir awal pagi tadi dan kediaman penduduk dinaiki air.
Antara kawasan yang dilaporkan terjejas ialah Kampung Paya Jaras Hilir, Kampung Kubu Gajah 24 dan Kampung Melayu Subang, berdasarkan perkongsian gambar serta video penduduk di media sosial Threads.
Rakaman yang tular menunjukkan air keruh memenuhi ruang sebuah kediaman di Kampung Paya Jaras Hilir, dengan beberapa penghuni dilihat mengharungi air di dalam rumah.
Seorang penduduk turut memaklumkan ibunya berjaya dibawa keluar dari rumah dengan selamat, manakala paras air mula surut ketika hantaran itu dikongsikan.