Kota Melaka: Jentera UMNO Sabah meneruskan legasi Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin apabila kembali digerakkan membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong dan Teluk Mas.

Ia diketuai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Yakub Khan yang membawa lebih 100 anggota jentera dari negeri berkenaan.

Calon BN Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, jentera Sabah bukan asing dalam perjalanan politiknya di Duyong, kerana ia yang diketuai Allahyarham Bung Moktar turut membantu kempennya ketika pertama kali bertanding pada PRN Melaka 2021.

Katanya, bekas Pengerusi BN Sabah itu adalah individu yang percaya kepada potensinya ketika kempen PRN ke-15.