Tawau: Dua pemandu lori yang mengaku bersalah mengambil bahagian menguji kelajuan di jalan raya di Jalan Apas, di sini, pada Ogos lalu, masing-masing didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.
Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin turut menjatuhkan hukuman penjara tiga hari terhadap tertuduh pertama, Muhamad Syafiq Amran, 22, manakala tertuduh kedua, Aswin Bajo, 22, tidak dikenakan hukuman penjara.
Kedua-dua tertuduh yang bekerja sebagai pemandu lori mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan pada prosiding hari ini.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa mengambil bahagian dalam aktiviti menguji kelajuan ketika memandu lori masing-masing di Jalan Airport Tawau, kira-kira 3.52 petang, 29 Ogos lalu.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2024%2F07%2Fb9e5f18e6056ac540b3bab0c0c0dae6c.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
