KUALA LUMPUR: Mercedes-Benz Malaysia menyasarkan model C-Class elektrik serba baharu sebagai antara pemacu pertumbuhan jenama itu dalam segmen kenderaan elektrik (EV) premium tempatan.
Model C 300 4MATIC electric AMG Line Plus itu dibuka untuk pra-tempahan pada harga anggaran bermula RM360,888, dengan pelancaran rasmi dijadualkan pada awal 2027.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Mercedes-Benz Cars Malaysia, Martin Schulz, berkata syarikat tidak dapat mendedahkan sasaran jualan khusus, namun menjangkakan model itu mendapat sambutan berdasarkan perkembangan positif dalam segmen EV.
"Kami melihat potensi besar dalam segmen ini yang semakin berkembang, justeru pengenalan model elektrik ini melengkapkan pilihan rangkaian kuasa untuk pelanggan kami," katanya.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F05%2F1228624c5e6aed7c1e9f1aac9e5e3548.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

