KUALA LUMPUR: Suasana di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di sini, masih tenang ketika timbul jangkaan bayaran denda RM50 juta bagi membolehkannya menjalani tahanan rumah akan dibuat hari ini.

Tinjauan setakat tengah hari tadi mendapati tiada sebarang pergerakan luar biasa atau persiapan khusus di sekitar kediaman berkenaan.

Tiada juga kelihatan kawalan khas polis atau kehadiran penyokong secara berkumpulan di kawasan itu sepanjang tinjauan dilakukan.

Bagaimanapun, satu atau dua kenderaan dilihat memasuki kawasan kediaman itu, namun identiti individu di dalamnya tidak dapat dipastikan.