Kuala Selangor: "Boleh dikatakan setiap tahun masjid ini dinaiki air sampai ada yang memberi gelaran Masjid Banjir'," kata Hasan Md Rasol, 62, ahli jawatankuasa (AJK) Masjid At-Taufiqiah, Bandar Seri Coalfields, di sini.
Hasan berkata, sebelum kejadian isterinya, Suriatie Mohd Senin, 50, memaklumkan air di belakang rumah mereka naik dengan pantas kira-kira jam 7 pagi hari ini.
Katanya, dia yang baru pulang selepas menunaikan solat Subuh terus berpatah balik ke masjid untuk memaklumkan perkara itu kepada imam dan AJK lain.
"Kami segera bergotong-royong untuk menyelamatkan karpet di ruang solat, pembesar suara mudah alih, sejadah, al-Quran dan sebagainya. Malah, suis utama juga ditutup bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku









