KUALA SELANGOR: "Boleh dikatakan setiap tahun masjid ini dinaiki air sampai ada yang memberi gelaran Masjid Banjir'," kata Hasan Md Rasol, 62, Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid At-Taufiqiah, Bandar Seri Coalfields di sini.

Hasan berkata, sebelum kejadian isterinya, Suriatie Mohd Senin, 50, memaklumkan air di belakang rumah mereka naik dengan pantas kira-kira 7 pagi hari ini.

Keadaan semasa di Bandar Seri Coalfields yang terjejas akibat banjir kilat, susulan hujan lebat berterusan. -Video NSTP/AHMAD UKASYAH https://t.co/nBHdhN2Sxz

Katanya, dia baru pulang selepas menunaikan solat Subuh terus berpatah balik ke masjid untuk memaklumkan perkara itu kepada imam dan AJK lain.