MASJID TANAH: Tidur hanya tiga hingga empat jam sehari kerana berkempen, dan ada kalanya terlepas waktu makan antara cabaran dilalui calon baharu dari Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Mohd Yunazri Mustamiri sepanjang.
Mohd Yunazri berkata, keadaan yang dihadapinya itu setakat ini belum menjejaskan stamina untuk meneruskan kempen.
"Rasa penat itu memang ada. Kadangkala terlepas waktu makan itu biasa dalam waktu kempen dan tidur tiga ke empat jam .
"Bagaimapun ia tidak menganggu stamina. Insya-Allah saya boleh bertahan dalam dua minggu ini," katanya ketika ditemui dalam program Walkabout di Kampung Londang di sini, semalam.








