KUALA LUMPUR - Desas-desus kononnya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melunaskan bayaran denda RM50 juta pada hari ini adalah tidak benar.Khabar angin itu dinafikan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki ketika dihubungi pada Rabu.Ujar beliau, kutipan sumbangan awam (crowdfunding) yang dilakukan UMNO sejak 18 September lalu masih lagi belum mencukupi setakat hari ini."Masih belum cukup lagi. Jadi tak betul (khabar angin) itu," katanya ringkas ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.Asyraf Wajdi bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah terkini yang berjaya dikumpul melalui 'Tabung Solidariti Najib Razak' tersebutPada 18 September lalu, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan memberikan pengampunan bersyarat kepada Najib yang membolehkan baki hukuman dijalani di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan termasuk bayaran RM50 juta. - AWANI
Denda RM50 juta Najib: ‘Masih belum cukup, tak betul’ - Asyraf Wajdi

Key takeaways
Khabar angin tentang Najib melunaskan denda RM50 juta hari ini adalah tidak benar.
- Asyraf Wajdi menafikan khabar angin tersebut.
- Kutipan crowdfunding UMNO belum mencukupi.
- Pengumpulan dana dilakukan sejak 18 September.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Malaysiakini (BM) , Utusan Malaysia
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) AG: Najib belum jelaskan denda RM50 juta
- Free Malaysia Today Najib belum jelaskan denda RM50 juta, kata peguam negara
- Utusan Malaysia Najib masih belum bayar denda RM50 juta
- Malaysiakini (BM) Najib bayar denda RM50 juta hari ini? Belum ada arahan, kata peguam
- Sinar Harian Denda RM50 juta Najib: ‘Masih belum cukup, tak betul’ - Asyraf Wajdi (this story)







