Najib Razak diberi bersyarat untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028 sekiranya membayar denda RM50 juta.KOTA BHARU: Bekas Perdana Menteri Najib Razak masih belum menjelaskan denda RM50 juta berdasarkan maklumat terkini yang diterima Jabatan Peguam Negara (AGC).

Peguam Negara Mohd Dusuki Mokhtar berkata tiada tempoh khusus ditetapkan bagi pembayaran denda berkenaan.

“Setakat ini maklumat yang kami terima belum lagilah dipenuhi oleh Datuk Seri Najib. Setakat ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Sekolah Angkat Madani Jabatan Peguam Negara di Sekolah Kebangsaan Pasir Hor, di sini, hari ini.

Ditanya sama ada Najib masih perlu menjalani hukuman penjara selagi denda itu belum dibayar, Mohd Dusuki mengesahkan perkara berkenaan.