KUALA LUMPUR: Penyanyi popular era 1990-an, Haida memaklumkan tidak berminat untuk melakukan pembedahan bariatrik bagi menurunkan berat badan, sebaliknya lebih gemar melakukan diet.

Haida atau nama sebenar, Haida Hasnan, 48, berkata dia sebenarnya takut untuk menjalani pembedahan 'kosmetik' berkenaan lalu memilih untuk kurus secara semulajadi.

"Macam sebelum ini, saya amalkan diet dan berat badan boleh susut sikit. Saya pun buat 'Intermittent Fasting (IF)' 16 jam dan dapatlah juga susut dalam 10 kilogram.

"Saya juga kena banyak 'brisk walk'. Setakat ini kenapa saya tak nak cuba pembedahan kosmetik ialah sebab saya dulu memang boleh kurus dengan cara bersenam dan puasa.