KUALA LUMPUR: Pelaksanaan cukai minimum global mengubah faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan pelaburan syarikat multinasional (MNC) dengan ketersediaan bakat mahir kini menjadi elemen yang semakin penting, demikian menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
Pengerusi MIDA, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata Malaysia dan pesaing serantaunya telah menerima pakai cukai minimum global yang mewajibkan syarikat multinasional untuk membayar kadar cukai efektif minimum sebanyak 15 peratus, tanpa mengira destinasi pelaburan mereka.
"Pelepasan cukai tidak lagi menjadi tarikan utama bagi pelabur seperti sebelum ini. Kini bakat yang menjadi tarikan utama. Andalah penyebabnya mereka (pelabur) datang," katanya semasa berucap pada program Tax Budget and Me (TBAM) 2027, di sini, hari ini.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fd2_208377.png&w=480&output=webp&q=85&we)