PUTRAJAYA – Kelakuan seorang wanita yang terus berhubung dengan pendakwah selebriti, Da’i Syed selama beberapa bulan selepas kejadian, termasuk mengajaknya bertemu semula, menjadi antara faktor Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu mengetepikan sabitan rogol terhadap pendakwah selebriti, Da’i Syed.Panel tiga hakim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.Bagaimanapun, seorang lagi hakim, Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid tidak bersetuju dengan keputusan majoriti berkenaan.Semasa membaca keputusan majoriti 2-1, Azman berkata, mahkamah mengambil kira mesej perbualan di Instagram dan WhatsApp antara wanita dengan Da’i Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 31.Katanya, ia menunjukkan komunikasi berterusan tanpa sebarang luahan rasa marah, kesal atau sedih terhadap kejadian yang didakwa berlaku pada 11 September 2019.Mahkamah turut mengambil kira, tindakan wanita itu yang menghantar mesej 'Safely arrived' selepas pulang ke rumah, selain terus memulakan perbualan secara santai dan berusaha mengajak pendakwah selebriti itu untuk bertemu kembali.Menurut penghakiman itu, wanita berkenaan juga tidak meninggalkan rumah sewa Syed Shah Iqmal pada malam kejadian, sebaliknya bermalam di situ sebelum pulang pada keesokan harinya.Katanya, mahkamah berpendapat keseluruhan kelakuan wanita itu sebelum, semasa dan selepas kejadian perlu dinilai bagi menentukan sama ada hubungan persetubuhan berlaku secara sukarela atau tanpa kerelaan."Kerelaan merupakan penilaian keadaan mental sewaktu kemasukan atau persetubuhan berlaku."Apabila kelakuan mangsa secara keseluruhan menunjukkan dia bergerak dan berhubung secara sukarela tanpa sebarang bantahan, dakwaan persetubuhan secara paksaan didapati tidak selamat untuk diterima," kata hakim.Sementara itu, mahkamah turut mengambil kira laporan polis yang hanya dibuat pada 25 November 2020, iaitu 441 hari atau setahun dua bulan dan 14 hari.Katanya, rekod menunjukkan laporan itu dibuat selepas Syed Shah Iqmal mula kurang memberi respons terhadap mesej wanita berkenaan dan isu tersebut ditularkan oleh rakannya di media sosial.Dalam pada itu, beliau berpendapat, mahkamah rendah terkhilaf apabila menerima andaian bahawa faktor kemurungan atau kenaifan wanita itu boleh digunakan untuk membatalkan kerelaannya.Mahkamah berpandangan tafsiran peruntukan itu tidak boleh diperluaskan mengikut budi bicara sehingga merangkumi kekecewaan emosi.Azman berkata, wanita itu disahkan mengalami gangguan kemurungan major dengan gejala keresahan dan menerima rawatan di Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Kajang."Bagaimanapun, mahkamah mendapati berdasarkan keterangan yang dikemukakan, perayu tidak diletakkan dalam keadaan memahami situasi serta keadaan mental wanita berkenaan sehingga tidak berupaya memberikan kerelaan."Sehubungan itu, panel majoriti memutuskan pembelaan perayu berjaya menimbulkan kera