Kuala Lumpur: Penyanyi, Eleena Harris mengakui keputusannya untuk berhijab tercetus selepas melakukan muhasabah diri atas segala nikmat dan kurniaan Tuhan dalam kehidupannya.

Eleena ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia mula berhijab selepas melahirkan cahaya mata kedua pada Februari lalu.

"Nak cakap betul-betul, agak takut jugalah sebenarnya, tapi kita cuba untuk istiqamah. Saya mula pakai tudung selepas melahirkan anak yang kedua.

"Ketika itu saya rasa gembira sangat, ada anak dan hidup pun selesa. Saya rasa macam Allah sudah beri saya banyak benda, jadi saya buat muhasabah diri.