KUALA LUMPUR: Malaysia akan meneliti mekanisme untuk menyelamatkan syarikat dan pemulihan perniagaan, dengan merujuk kepada kerangka kerja seperti Chapter 11 di Amerika Syarikat (AS) sebagai langkah seterusnya dalam agenda reformasi insolvensi negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata proses pembubaran syarikat yang terlalu awal sering mengakibatkan kehilangan pekerjaan, menjejaskan rantaian bekalan, serta menghapuskan nilai ekonomi, sedangkan ia sebenarnya masih boleh diselamatkan menerusi penstrukturan semula hutang.
"Sesebuah syarikat yang tidak mampu membayar hutangnya pada hari ini tidak semestinya tiada masa depan dari sudut ekonomi.









