RAWANG: Lelaki terlibat amalan ritual agama bukan Islam diarahkan menjalani pemulihan akidah selama tiga bulan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat di sini hari ini.

Keputusan itu dibuat Hakim Syarie, Mohd. Faizal Habib selepas tertuduh, Aliff Daniel Adli, 21, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan pemujaan salah iaitu dengan menjunjung alat keagamaan lain, melakukan ritual mencucuk anggota badan dan berlutut dengan kedua-dua tangan dirapatkan ke dada di hadapan patung.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah kuil di Batu Caves, di sini, antara pukul 9 dan 11 malam, 24 Januari 2024.