Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia (Permim) menggesa penalti lebih berat dikenakan terhadap pihak yang melanggar syarat pensijilan halal.
Key takeaways
Permim menuntut penalti lebih berat bagi pihak yang melanggar syarat pensijilan halal, termasuk penangguhan lesen, senarai hitam, dan pemantauan ketat, selepas ketidakpatuhan pembekal ayam di Puchong.
- Permim cadangkan penangguhan atau pembatalan lesen perniagaan bagi pihak bersalah.
- Pelanggaran halal boleh menjejaskan keyakinan pengguna dan reputasi Malaysia sebagai hab halal global.
- Penalti lebih berat termasuk senarai hitam dan pemantauan ketat sepanjang rantaian bekalan.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
PETALING JAYA: Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia (Permim) menggesa penalti lebih berat dikenakan terhadap pihak yang melanggar syarat pensijilan halal.
Gesaan itu susulan ketidakpatuhan terhadap piawaian dan prosedur halal yang dikesan melibatkan sebuah pembekal ayam di Puchong.
Presidennya, Mohamed Azman Shah berkata, Permim turut mencadangkan lesen perniagaan pihak yang didapati bersalah digantung atau dibatalkan, pesalah berulang disenarai hitam dan pemantauan pematuhan halal diperketat di sepanjang rantaian bekalan.
Katanya, kecuaian atau pelanggaran prosedur halal boleh menjejaskan keyakinan pengguna terhadap sistem pensijilan halal negara serta mencalarkan reputasi Malaysia sebagai hab halal global.