Jerantut: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan berlaku gangguan ketukan pintu rumah secara misteri seperti tular di media sosial beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Nor Azman Yusof berkata, kejadian dilaporkan jam 1.30 pagi pada 29 Oktober lalu, membabitkan sekurang-kurangnya 20 rumah di Kampung Sajang (Simpang Tebing Tinggi), Kampung Kajang, dan Perias.

Katanya, pihaknya sedang mengambil langkah sewajarnya bagi mengenal pasti kesahihan dakwaan serta mengesan pihak atau individu yang mungkin terbabit.

"Bagi meredakan kerunsingan penduduk, kawalan rondaan dipergiatkan selain khidmat nasihat keselamatan diberikan dan pertemuan bersama pemimpin masyarakat turut diadakan," katanya dalam kenyataan hari ini.