Johor Bahru: Pemain beregu kelahiran Johor Low Zi Yu menerima insentif wang tunai berjumlah RM13,000, iaitu RM10,000 daripada Persatuan Badminton Johor (JHBA) dan RM3,000 sumbangan Eu Jin Sdn Bhd, susulan kejayaannya merangkul kejuaraan pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2026 di Kaherah, Mesir pada 17 Okt lepas.

JHBA memaklumkan selain insentif wang tunai, pemain berusia 16 tahun itu turut menerima jam tangan G-SHOCK sumbangan Eu Jin Sdn Bhd manakala gandingannya, Genevie Lim dari Sarawak turut menerima hadiah istimewa berupa jam tangan jenama sama sebagai pengiktirafan terhadap kejayaan mereka merangkul kejuaraan bersama.

"Kami berharap agar insentif ini akan meningkatkan lagi motivasi dan prestasi Low untuk terus mencapai kecemerlangan, serta membawa lebih banyak kejayaan, sekali gus menjadi kebanggaan negeri serta negara.