KUALA LUMPUR: Tiada petunjuk wakil Datuk Seri Najib Razak membuat pembayaran denda RM50 juta yang membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
Semakan di pejabat pendaftaran dan kaunter pembayaran Mahkamah Tinggi mendapati tiada rekod atau tanda pembayaran berkenaan dibuat setakat jam 3.30 petang.
Sekiranya denda itu dibayar, transaksi berkenaan akan dibuat menerusi draf bank, manakala sebarang perkembangan selanjutnya tertakluk kepada perintah mahkamah.
Terdahulu, spekulasi bahawa pembayaran itu akan dibuat hari ini menyebabkan sekumpulan wartawan dan jurugambar berkumpul di kompleks mahkamah.










