Kuala Lumpur: Kutipan sumbangan awam bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melunaskan denda RM50 juta masih belum mencukupi, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Katanya, perkembangan itu sekali gus menafikan dakwaan kononnya Najib akan membuat pembayaran denda berkenaan hari ini.

"Masih tengah kumpulkan lagi. Belum cukup lagi. Maklumat itu (dakwaan Najib akan melunaskan denda RM50 juta, hari ini) tak betul," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak mahu mendedahkan jumlah sumbangan terkini yang berjaya dikumpulkan setakat ini.