KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak dilaporkan akan membayar denda RM50 juta bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

Sumber berkata, denda terbabit akan dibayar oleh wakil bekas Perdana Menteri itu di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Pada 18 September lalu, bekas Ahli Parlimen Pekan itu menerima pengampunan bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang membolehkannya menjalani baki hukuman secara tahanan rumah hingga 23 Ogos 2028.

Najib, 73, dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020 atas tujuh pertuduhan berkait penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.