PUTRAJAYA: Enam Undang dan Ketua Adat Negeri Sembilan yang kedudukan mereka dipertikaikan serta terbabit kemelut institusi diraja di negeri itu, bakal berdepan prosiding menghina mahkamah di Mahkamah Tinggi Seremban.

Ia susulan keputusan Mahkamah Rayuan di sini, hari ini, menolak permohonan mereka untuk menangguhkan prosiding menghina mahkamah terhadap mereka.

Pada 8 Julai lalu, Hakim Mahkamah Tinggi di Seremban, Roz Mawar Rozain, membenarkan permohonan Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (DKU) serta Setiausahanya, Raja Norazli Raja Nordin, untuk memulakan prosiding komital terhadap enam individu berkenaan.