Putrajaya: Enam pembesar Negeri Sembilan termasuk Undang yang dipertikaikan serta terbabit dalam pertikaian diraja negeri itu, terpaksa berhadapan dengan prosiding menghina mahkamah di Mahkamah Tinggi Seremban.

Ketetapan itu dibuat susulan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang menolak permohonan mereka untuk menangguhkan prosiding menghina mahkamah yang dimulakan terhadap mereka.

Pada 8 Julai lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Seremban, Roz Mawar Rozain membenarkan permohonan Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (DKU) bersama Setiausahanya, Raja Norazli Raja Nordin, untuk memulakan prosiding komital terhadap keenam-enam individu berkenaan.