Mahkamah Rayuan berkata prosiding komital itu perlu didengar dengan segera bagi memelihara kewibawaan mahkamah.
Key takeaways
Mahkamah Tinggi menolak permohonan enam individu, termasuk Undang Luak Sungai Ujong, untuk menangguhkan prosiding komital kerana mereka gagal hadir dengan tangan bersih. Panel hakim memutuskan prosiding tersebut perlu didengar segera bagi memelihara kewibawaan mahkamah.
- Enam individu, termasuk Mubarak Dohak dan Tunku Syed Razman, gagal memohon penangguhan prosiding komital.
- Hakim Amarjeet Singh menyatakan perayu gagal hadir dengan tangan bersih dalam keputusan sebulat suara.
- Kes ini berpunca daripada saman pemula untuk mendapatkan minit mesyuarat khas DKU yang melucutkan Mubarak.
Summarised automatically by AI from the original article by Free Malaysia Today. AI can make mistakes, so check the original for details.
Mahkamah Rayuan ambil maklum perayu failkan semakan kehakiman berasingan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tanpa dedahkan kewujudan injunksi atau pemberian kebenaran untuk memulakan prosiding komital.PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menolak permohonan enam individu untuk menggantung prosiding komital terhadap mereka berhubung dakwaan pelanggaran injunksi Mahkamah Tinggi dalam pertikaian berkaitan pelantikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
Mereka ialah bekas Undang Luak Sungai Ujong, Mubarak Dohak; bekas Undang Luak Jelebu, Maarof Mat Rashad; Undang Luak Johol, Muhammed Abdullah; bekas Undang Luak Rembau, Abdul Rahim Yasin; Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri; dan Syahbandar Sungai Ujong, Badarudin Abdul Khalid.