Seorang wanita dan anak perempuannya mengaku salah di Mahkamah Majistret Muar atas tuduhan menghalang tugas anggota penguat kuasa ketika operasi menangkap anjing liar di Taman Bintang Emas, Bukit Pasir, 29 Okt lalu. (Gambar Reuters)PETALING JAYA: Seorang wanita dan anak perempuannya didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret Muar di Johor selepas mengaku bersalah menghalang tugas anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Muar (MPM) ketika operasi menangkap anjing liar bulan lalu.
Warga Indonesia, Ainun Jongin, 52, dan anak perempuannya, Loo Sock Yan, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kartini Kasran, lapor Berita Harian.
Kartini turut memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara 30 hari jika gagal membayar denda berkenaan.









