Kuala Lumpur: Pentas Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) terus membuktikan sebarang kesilapan mudah dan kegagalan memanfaatkan peluang di kawasan pertahanan lawan akan dibayar dengan harga yang cukup mahal.
Itu pengajaran berguna perlu ditelan Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas terpaksa akur tunduk 0-2 di tangan wakil Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors FC di Stadium Piala Dunia Jeonju, semalam.
Pengendalinya, Xisco Munoz mengakui persembahan ditunjukkan skuad Harimau Selatan tidak berada pada tahap terbaik khususnya apabila memiliki peluang dalam kawasan lawan.
"Ia bukan persembahan terbaik kami malam ini. Kami menghadiahkan beberapa peluang kepada mereka dan kami tahu kami tidak berada di tahap terbaik di kawasan pertahanan lawan.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F06%2F81ff629ae4d300fc8881948c7be629da.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)