KUALA LUMPUR: Pentas Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) terus membuktikan bahawa sebarang kesilapan mudah dan kegagalan memanfaatkan peluang di kawasan pertahanan lawan akan dibayar dengan harga yang cukup mahal.
Itu pengajaran berguna yang perlu ditelan Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas terpaksa akur tunduk 0-2 di tangan wakil Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors FC di Stadium Piala Dunia Jeonju, semalam.
Pengendalinya, Xisco Munoz mengakui bahawa persembahan yang ditunjukkan skuad Harimau Selatan tidak berada pada tahap yang terbaik khususnya apabila memiliki peluang dalam kawasan lawan.
"Ia bukan persembahan terbaik kami malam ini. Kami menghadiahkan beberapa peluang kepada mereka dan kami tahu kami tidak berada di tahap terbaik di kawasan pertahanan lawan.









