SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa terharu dan berterima kasih atas kehadiran orang ramai tidak putus-putus menziarahi pusara isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, meskipun pemergiannya sudah lebih sebulan.Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau amat menghargai kehadiran serta doa yang diberikan kepada Allahyarham isterinya."Saya merasa amat terharu dan berterima kasih dengan kehadiran serta doa yang tidak putus-putus untuk Hasmah."Saya ingin minta maaf kerana tidak dapat sering ke pusara dan bertemu dengan yang datang menziarah pusara isteri saya," katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Rabu.Menurutnya, beliau juga tidak berkesempatan membalas satu persatu surat dan ucapan takziah yang diterima selepas pemergian isterinya.Bagaimanapun, beliau cuba menjawab setiap kiriman berkenaan setakat yang termampu.Pada 28 September lalu, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, pada jam 9.20 pagi ketika berusia 100 tahun.Jenazah Allahyarham kemudian selamat dikebumikan di Pusara Negara, Putrajaya, pada jam 6.20 petang hari sama selepas disolatkan di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan.
'Terima kasih untuk doa yang tidak putus-putus untuk Hasmah' - Tun Mahathir

Key takeaways
Tun Mahathir berterima kasih atas kehadiran dan doa orang ramai untuk isterinya, Hasmah, yang meninggal dunia pada usia 100 tahun.
- Tun Mahathir merasa terharu dengan kehadiran dan doa yang tidak putus-putus untuk Hasmah.
- Beliau meminta maaf kerana tidak dapat membalas semua surat dan ucapan takziah yang diterima.
- Hasmah meninggal pada 28 September di IJN, Kuala Lumpur, dan dikebumikan di Pusara Negara, Putrajaya.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- By
- MOHD AZLIM ZAINURY
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro 'Terima kasih PMX' - Muhammad Syakir
- Sinar Harian 'Terima kasih untuk doa yang tidak putus-putus untuk Hasmah' - Tun Mahathir (this story)







