PETALING JAYA – Orang ramai mula mempersoalkan harga runcit bagi gas petroleum cecair (LPG) yang didakwa dijual pada harga melebihi paras subsidi di beberapa kedai runcit.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, seorang pengguna dikenali sebagai Juanpablo7 mendakwa harga LPG di tempatnya adalah sekitar RM28 hingga RM30 setong.

“@kpdnselangor memang semua kedai runcit jual gas purata harga RM28-30 ke? Kedai yang berdaftar tau bukan kedai haram warga asing.

“Ini (harga) ambil sendiri di kedai, bukan harga penghantaran terus ke rumah. Bukankah ini barang subsidi?,” soal pengguna terbabit.