MUAR: Dua beranak yang mengasari anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Muar (MPM) ketika operasi menangkap anjing liar bulan lalu, masing-masing didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Ainun Jongin, 52, warga Indonesia dan anak perempuannya, Loo Sock Yan, 24, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kartini Kasran.
Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara 30 hari jika gagal membayar denda. Bagaimanapun, mereka menjelaskan denda berkenaan.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama dengan sengaja menghalang seorang penjawat awam, iaitu Pembantu Kesihatan Awam MPM berusia 31 tahun, ketika menjalankan tugas dalam operasi menangkap anjing liar.









