KUALA LUMPUR: Akta Pendidikan Tinggi Tunggal bagi menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 akan menyediakan status khusus melindungi kebebasan ahli akademik.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim, berkata dalam kerangka akta baharu itu, institusi pendidikan tinggi akan diberikan pemerkasaan autonomi, termasuk dari sudut tadbir urus, pengurusan kakitangan, penawaran kursus dan program, manakala jalinan kerjasama universiti diberikan satu mekanisme baharu.

Katanya, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 turut dimasukkan sebagai satu daripada tujuh akta yang sedang dikaji untuk diselaraskan bawah akta baharu itu bagi memenuhi standard kebebasan akademik.