Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menembusi kelompok 20 universiti terbaik Asia buat julung kalinya, sekali gus merapatkan jurang dengan Universiti Malaya (UM) yang turun dua tangga dalam 'Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings: Asia 2027'.
UKM melonjak daripada kedudukan ke-24 dengan berkongsi kedudukan ke-20, manakala UM jatuh daripada tangga ke-15 ke kedudukan ke-17 meskipun kekal sebagai universiti di kedudukan tertinggi negara.
Daripada 49 universiti Malaysia tersenarai tahun lalu, 25 berada kedudukan lebih rendah, 20 meningkat, manakala empat kekal tidak berubah.
Enam kemasukan baharu menjadikan jumlah keseluruhan kepada 55 universiti.









