Petaling Jaya: Kadar urbanisasi Malaysia kini mencapai 78.5 peratus dan dijangka melebihi 85 peratus menjelang 2040.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, perkembangan itu menunjukkan kemajuan ketara berbanding kadar urbanisasi negara yang hanya 28 peratus pada 1970.

Beliau berkata, menjelang 2040 dijangka hampir lebih 80 peratus rakyat Malaysia akan menetap di kawasan bandar.

"Oleh itu, perancangan bandar yang baik perlu dinilai berdasarkan akses masyarakat terhadap kemudahan awam, kemudahan perjalanan harian serta penyediaan ruang awam yang selamat.