KUALA LUMPUR: Kerajaan menyasarkan kadar guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran berkurang kepada 30 peratus menjelang 2030.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, berkata berdasarkan laporan Statistik Siswazah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kadar guna tenaga tidak penuh siswazah berkaitan kemahiran menunjukkan penurunan daripada 32.4 peratus pada 2023 kepada 32.2 peratus pada 2024.
"Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) secara berterusan melaksanakan strategi intervensi jangka pendek dan jangka panjang.
"Ia bagi memastikan pasaran buruh negara dapat diimbangi dengan kelayakan dan kemahiran pencari kerja, sekali gus mendapat pekerjaan yang sesuai dengan bidang kepakaran mereka serta permintaan pasaran pekerjaan semasa," katanya ketika Sesi Jawab Lisan di Dewan Rakyat di sini, hari ini.









