Hamilton: Parti Demokrat memenangi 56 kerusi Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) berbanding 28 kerusi oleh Parti Republikan, menurut unjuran kemenangan Associated Press (AP) setakat 9.06 malam Waktu Timur (0206 GMT) pada Selasa, manakala pemenang bagi 351 lagi kerusi masih belum ditentukan, lapor Anadolu Ajansi.
Semua 435 kerusi Dewan Perwakilan dipertandingkan dalam pilihan raya pertengahan penggal itu, dengan sesebuah parti memerlukan 218 kerusi untuk memperoleh majoriti.
AP mengumumkan kemenangan tiga anggota Dewan Perwakilan daripada Parti Demokrat, Joyce Beatty, Emilia Sykes dan Shontel Brown dalam pemilihan di Ohio, manakala Suhas Subramanyam turut memenangi pemilihan semula bagi kerusi Daerah Kongres ke-10 Virginia.








