Spekulasi bahawa Timbalan Premier merangkap Timbalan Presiden PBB Douglas Uggah Embas mungkin melepaskan jawatannya menimbulkan persoalan mengenai komuniti yang bakal diwakili penggantinya. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Persaingan merebut kerusi Dayak dijangka menjadi antara tumpuan dalam PRN Sarawak ke-13, apabila penganalisis melihat wujudnya rasa tidak puas hati terhadap politik dalam kalangan blok pengundi pribumi terbesar di negeri Borneo itu.

Jayum Jawan dari Akademi Sains Malaysia berkata, kerusi majoriti Iban khususnya berpotensi menyaksikan persaingan yang 'menarik', memandangkan kaum itu membentuk majoriti pengundi di 35 daripada 82 kerusi DUN Sarawak.

Jayum Jawan.Beliau berkata, beberapa faktor menyumbang kepada perkembangan itu, termasuk spekulasi bahawa sayap Dayak Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), iaitu Pesaka, mungkin mengalami perubahan besar.