IPOH – Perak terus memperkukuh pembangunan gerakan koperasi sekolah menengah negeri ini yang berstatus mikro berpendapatan bawah RM200,000 melalui penyediaan peruntukan progresif berjumlah RM100,000.

Pelaksanaan Program Pemerkasaan Ekonomi Koperasi Sekolah (PERKS) Negeri Perak Tahun 2026 itu merupakan yang pertama kali diadakan tersebut melibatkan 25 koperasi sekolah terpilih di seluruh negeri.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, Datuk Salbiah Mohamed, program tersebut berbentuk dua dalam satu iaitu mengupayakan koperasi sekolah dan pelajar-pelajar yang terpi