Kuala Lumpur: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dipilih sebagai venue perlawanan akhir Piala FA 2026–2027 yang dijadualkan berlangsung pada 16 Januari depan.

MFL dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dicapai hasil mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL Ketiga bagi Penggal 2025-2029, semalam.

Badan pengelola Liga Malaysia (Liga M) itu menjelaskan, keputusan berkenaan dibuat berikutan Stadium Nasional, Bukit Jalil tidak dapat digunakan kerana kerja menaik taraf padang, trek balapan dan fasiliti sedang dilaksanakan sebagai persediaan menghadapi temasya Sukan SEA 2027.

"Berdasarkan pengesahan daripada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), kerja-kerja naik taraf itu dijangka siap pada Mei 2027.