Kajang: Suasana di perkarangan luar Penjara Kajang kekal tenang dan beroperasi seperti biasa sejak jam 1 tengah hari tadi, meskipun terdapat laporan Datuk Seri Najib Razak akan dibenarkan keluar untuk menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah.

Tinjauan mendapati tiada sebarang kelibat penyokong bekas Ahli Parlimen Pekan itu atau pengamal media berkumpul di luar kawasan penjara.

Hanya kenderaan Jabatan Penjara dan orang awam yang mempunyai urusan rasmi dilihat keluar masuk secara terkawal.

Terdahulu lewat pagi tadi, media melaporkan bekas Perdana Menteri itu akan menjelaskan denda RM50 juta bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara menerusi kaedah tahanan di rumah.