Kerajaan menjimatkan RM3 bilion menerusi kaedah pajakan 28 helikopter bagi kegunaan agensi kerajaan, termasuk dua unit AW139 yang memperkukuh armada udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
SUBANG: Kerajaan menjimatkan RM3 bilion menerusi kaedah pajakan 28 helikopter untuk kegunaan agensi kerajaan, termasuk dua buah AW139 yang meningkatkan armada udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kepada 10 buah helikopter.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata pendekatan pajakan berbanding pembelian itu, turut menyerahkan tanggungjawab penyelenggaraan kepada pihak syarikat sepanjang tempoh 15 tahun.
“Dulu kita terpaksa beli. Kita kini buat sistem pajakan and we are now maintenance free,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pengoperasian Helikopter AW139 JBPM di sini, hari ini.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fimage4_242937.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)