SUBANG - Kerajaan menjimatkan RM3 bilion menerusi kaedah pajakan 28 helikopter untuk kegunaan agensi kerajaan, termasuk dua buah AW139 yang meningkatkan armada udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kepada 10 buah helikopter.Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, pendekatan pajakan berbanding pembelian itu turut menyerahkan tanggungjawab penyelenggaraan kepada pihak syarikat sepanjang tempoh 15 tahun."Dulu kita terpaksa beli. Kita kini buat sistem pajakan and we are now maintenance free," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pengoperasian Helikopter AW139 JBPM di sini, hari ini.Merujuk kepada dua AW139 itu, Kor Ming berkata, penambahan itu memperkukuh keupayaan JBPM melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR), pemadaman kebakaran hutan, pemindahan pesakit dan jenazah serta penghantaran bantuan logistik.Beliau berkata penggunaan aset udara dapat mempercepat penghantaran pasukan penyelamat ke lokasi kejadian, selain mengurangkan risiko keletihan dan kecederaan anggota ketika menjalankan operasi SAR."Sebelum penambahan dua AW139 itu, JBPM mengoperasikan lapan helikopter yang ditempatkan secara strategik di tiga pangkalan udara di Pulau Pinang, Selangor dan Sarawak."Jabatan itu turut mempunyai 26 juruterbang helikopter, termasuk jurulatih penerbangan berkelayakan bagi helikopter AW109 dan AW139, untuk menyokong kelancaran operasi," katanya.Tegasnya, keselamatan penerbangan perlu terus menjadi keutamaan, di samping memperkukuh kerjasama antara agensi dan pihak industri dalam pembangunan teknologi penerbangan, latihan serta pembinaan kepakaran.Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Wira Dr M Noor Azman Taib; Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad; Pengarah Urusan Kumpulan Weststar, Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim serta Duta Itali ke Malaysia, Raffaele Langella. - Bernama
Pajakan 28 helikopter jimat RM3 bilion, bomba terima dua AW139 - Nga Kor Ming

Key takeaways
Kerajaan menjimatkan RM3 bilion dengan menyewa 28 helikopter, termasuk dua AW139 bagi JBPM, mengurangkan kos penyelenggaraan dan mempercepat operasi SAR serta pemadaman kebakaran.
- Kerajaan menyewa 28 helikopter, menjimatkan RM3 bilion.
- JBPM kini memiliki 10 helikopter, dua AW139 ditambah.
- Penyelenggaraan ditanggung syarikat sepanjang 15 tahun.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , The Sun
Story details
- Published
- Updated
- November 4, 2026 at 4:49 PM GMT+8
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Dua bekas pegawai kanan TH didakwa tipu pembayaran hibah RM3.3 bilion
- Sinar Harian Pajakan 28 helikopter jimat RM3 bilion, bomba terima dua AW139 - Nga Kor Ming (this story)








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F4353324342_518067.png&w=480&output=webp&q=85&we)
