KUALA LUMPUR: Jurang pencapaian pendidikan terus mengecil apabila kadar kelayakan calon luar bandar memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mencatatkan peningkatan kepada 92.9 peratus tahun lalu, berbanding 92.31 peratus pada 2024.
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, berkata perkembangan positif itu turut menyaksikan jurang gred purata SPM antara sekolah bandar dan luar bandar berjaya dirapatkan sebanyak 32.79 peratus berbanding pencapaian pada 2012.
"Pada masa yang sama, jurang kadar layak mendapat sijil mengikut jantina turut merapat berbanding dengan tahun sebelum ini.
"Sebagai contoh, pada 2024 jurang kadar layak mendapat sijil mengikut jantina adalah sebanyak 5.95 peratus.










%2Ffile%2Fattachments%2F889%2Fimage5_413759.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)