Kuala Lumpur: "Saya dah betul-betul tiada daya," luah penyanyi dan pelakon Elliza Razak yang memohon bimbingan serta pelbagai bentuk bantuan bagi menyara kehidupan bersama dua anaknya.

Elliza, 42 menerusi hantaran di Facebook mendedahkan dia kini berada di tahap buntu dan tidak lagi mampu memikirkan masalah secara sendirian demi meneruskan kelangsungan hidup.

"Saya rasa saya memang nak cari jalan untuk dapatkan apa saja jenis bantuan yang wujud untuk ibu tunggal dan bantuan untuk anak-anak saya ke, apa-apa sajalah dari segi persekolahan dan sebagainya.

"Saya memang sangat-sangat memerlukan. Saya ingat saya boleh bertahan (dengan) usaha sendiri semua. Tetapi sekarang, saya dah betul-betul tiada daya," katanya dalam hantaran itu.