KUALA LUMPUR: Kemenangan Pelakon Wanita Harapan pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-33 bukan sekadar pengiktirafan buat pelakon Trisha Ooi, sebaliknya hadir bersama tanggungjawab dan tekanan besar untuk terus membuktikan kemampuan dalam industri perfileman.
Trisha, 27, mengakui trofi yang diraih dua tahun lalu menjadi pembakar semangat untuk terus memberikan persembahan terbaik, namun pada masa sama mencetuskan persoalan mengenai langkah seterusnya dalam perjalanan seni.
Katanya, sebelum meraih kemenangan, dia tidak terlalu memikirkan soal anugerah, sebaliknya menganggap setiap pencalonan sebagai rezeki. Bagaimanapun, tekanan dirasakan berbeza selepas bergelar pemenang.
"Saya selalu menganggap anugerah itu sebagai pembakar semangat untuk saya terus menjayakan lebih banyak projek baharu. Apabila menang, bukan bermaksud kita mahu menunjukkan kepada orang bahawa kita mampu.








