Pemuda berusia 21 tahun itu mengaku bersalah atas tuduhan lakukaan pemujaan salah di kuil Batu Caves 2 tahun lepas.
Key takeaways
Aliff Daniel Adli, 21, diperintah menjalani pemulihan akidah selama tiga bulan selepas mengaku bersalah melakukan pemujaan salah di kuil Batu Caves. Mahkamah Syarie turut menasihatkan tertuduh supaya bertaubat kerana perbuatan tersebut dianggap kesalahan berat yang merosakkan tauhid.
- Tertuduh didakwa melakukan ritual mencucuk anggota badan dan berlutut di hadapan patung pada 24 Januari 2024.
- Kesalahan ini disabitkan mengikut Seksyen 4(1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.
- Hakim Syarie Mohd Faizal Habib menekankan kepentingan bertaubat dan tidak mensia-siakan usia muda.
Summarised automatically by AI from the original article by Free Malaysia Today. AI can make mistakes, so check the original for details.
Aliff Daniel Adli, 21, dituduh mengikut Seksyen 4(1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. (Gambar Bernama)RAWANG: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat hari ini memerintahkan seorang pemuda yang tular susulan tindakannya menyertai ritual keagamaan bertentangan dengan hukum syarak, menjalani pemulihan akidah selama tiga bulan di Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman di Hulu Yam.
Hakim Syarie Mohd Faizal Habib mengeluarkan perintah itu terhadap Aliff Daniel Adli, 21, selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan melakukan pemujaan salah di sebuah kuil di Batu Caves, dua tahun lepas.
Mahkamah turut menasihati tertuduh supaya bertaubat Nasuha dan kembali ke jalan yang benar kerana perbuatan tersebut merupakan kesalahan berat yang merosakkan tauhid.